Higen industri atau pekerjaan merupakan satu bidang nic di bawah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Walau bagaimanapun, bidang ini secara tersendirinya adalah satu kepakaran yang khusus. Secara ringkasnya, higen industri adalah sains dan seni yang menumpukan kepada jangkaan, pengenalpastian, penilaian, dan kawalan terhadap faktor persekitaran (seperti bunyi bising, radiasi, suhu melampau, bahan kimia, pencemaran biologi, dll) atau stres di tempat kerja. Higien industri merangkumi pembangunan langkah-langkah pencegahan dan pembetulan dalam usaha mengawal hazad kesihatan melalui hirarki pengawalan.
Dengan itu, pengamal higien industri (industrial hygienist) adalah salah satu daripada kepakaran profesional kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang mengharmonikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin. Secara umumnya, pengamal menjangka dan mengenalpasti risiko berdasarkan cara kerja, operasi atau proses, lantas membuat penilaian secara kuantitatif melalui pemantauan (pengukuran) kadar atau tahap pendedahan kepada hazad yang menjadi fokus. Seterusnya kaedah kawalan berkesan ke atas hazad yang berpotensi membahayakan nyawa dan kesihatan tersebut akan ditentukan, dirancang, dilaksana dan seterusnya dipantau keberkesanannya.
SYARAT KEMASUKAN
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut
SENARAI PAKAR
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin
Prof. Madya Dr. Emilia Zainal Abidin
Prof. Madya Dr. Juliana Jalaludin
Prof. Madya Dr. Vivien How
Dr. Ng Yee Guan
Dr. Irniza Rasdi
Kemaskini:: 16/03/2026 [adibbaharudin]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services