Bidang biologi marin melibatkan pemahaman dan penerokaan tentang kehidupan laut termasuk semua flora dan fauna, dari hidupan mikro ke makro. Ekosistem marin adalah kompleks dan semua faktor biotik dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian pelbagai sumber hidupan akuatik terutamanya perikanan. Bidang ini juga mengfokuskan kepada pemahaman interaksi antara hidupan marin, dan turut merangkumi impak proses fizikal, kimia dan biologi terhadap organisma marin. Penelitian terhadap hidupan kepada perubahan persekitaran disebabkan oleh faktor semulajadi atau antropogenik dianggap penting dalam pengurusan sumber marin. Interaksi biologi dalam ekosistem marin, kajian klasifikasi seperti sistematik dan taksonomi, biodiversiti, sasaran komuniti serta proses ekologi seperti aliran tenaga, jaringan makanan dan status trofik juga diberi penekanan. Kajian biologi marin sering dijalankan bersama bidang lain seperti oseanografi biologi, biologi sel, kimia, ekologi, geologi, biologi molekular, zoologi, biologi pemuliharaan marin, dan biologi perikanan. Hasil kajian biologi marin boleh menyumbang kepada aplikasi sains gunaan seperti sains perikanan, akuakultur, sains perubatan dan kejuruteraan marin.
SYARAT KEMASUKAN
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut
SENARAI PAKAR
Fakulti Sains
Dr. Syaizwan Zahmir Zulkifli
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Dr. Kamil Bin Latif
Dr. Nurdiyana Binti Ahmad Denil
Dr. Hadi Bin Hamli
Dr. Mohamad Faizul Bin Mat Isa
Dr. Tan Toh Hii
Fakulti Pertanian
Prof. Dr. Aziz Arshad
Prof. Dr. Fatimah Md Yusoff
Prof. Dr. Muta Harah Zakaria
Prof. Dr. Mohd Salleh Kamaruddin
Dr. Nur Leena Wong Wai Sin
Dr. Muhammad Fadhil Syukri Ismail
Dr. Annie Christianus
Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik
Prof. Madya SM Nurul Amin Harmuj Ali Sarker
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
Dr. Ferdius @ Ferdaus Mohamat Yusuf
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
Dr. Dhilia Udie Lamasudin
Institut Biosains
Dr. Annie Christianus
Kemaskini:: 15/11/2021 [aslamiah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services