PERUBATAN PSIKOLOGI | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» PERUBATAN PSIKOLOGI

PERUBATAN PSIKOLOGI

Bidang pengajian ini memberi fokus kepada kajian dan pembangunan modaliti penilaian dan rawatan psikiatri dan masalah psikologi di mana ia merangkumi pemahaman mengenai tingkahlaku manusia dalam konteks kesihatan psikologi dan penyakit. Bidang ini juga merangkumi sub-bidang termasuk tindak balas individu dengan penyakit dan penyakit psikiatri kronik, pengaruh psikologi ke atas berlakunya penyakit, memahami dan menambahbaik proses penyesuaian di luar institusi kesihatan mental, psikiatri warga emas, kecelaruan di kalangan kanak-kanak dan remaja, patuh kepada rawatan dan penentu tingkahlaku kesihatan. Ia juga melibatkan pemahaman bagaimana individu bertindakbalas dalam menjalani saringan kesihatan mental, simtom, dan penyakit, interaksi di antara penyakit fizikal dan mental secara meluas termasuklah psikosomatik dan reaksi psikologi ke atas masalah fizikal. Penyelidikan yang meningkatkan pemahaman dan rawatan  terhadap masalah sedemikian adalah satu komponen yang penting untuk memperbaiki strategi rawatan individu yang mempunyai kondisi kesihatan mental seterusnya menterjemahkan dapatan-dapatan kajian kepada penambahbaikan khidmat kesihatan mental yang sebenar di Malaysia.


SYARAT KEMASUKAN
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut


SENARAI PAKAR

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Dr. Firdaus Bt Mamat@Mukhtar
Prof. Datin Dr. Sherina Mohd Sidik 
Prof. Dr. Normala Ibrahim
Prof. Madya Dr Hamidin Awang
Prof. Madya Dr Noor Jan Khin Ohnmar Naing
Dr. Siti Irma Fadhilah Ismail
Dr. Nor Sheereen Zulkefly
Dr. Sindhu Nair Mohan
Dr. Tan Kit Aun
Dr. Ang Jin Kiat
Dr. Ruziana Masiran
Dr. Chong Seng Choi
Dr. Rahima Dahlan @Mohd Shafie
Dr. Eugene Koh Boon Yau
Dr. Aishah Siddiqah Alimuddin

Kemaskini:: 15/02/2021 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
F, (05:26:12pm-05:31:12pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]