Keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (SHE), adalah bidang pegajian yang melibatkan kepelbagaian disiplin yang memerlukan input daripada berbagai bidang utama kejuruteraan bagi memperbaiki aspek keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan mutu alam semula jadi. Ia merangkumi berbagai aspek ekosistem, persekitaran dan aktiviti manusia. Termasuklah persekitaran industri kecil dan sederhana, aktiviti pertanian, biosistem, tempat kerja, gangguan ergonomi, pengurangan tekanan mental, keadaan fisikal dan psikososial. Bidang ini juga merangkumi aspek penilaian bahaya-bahaya, pengiraan risiko, dan keberkesanan dan aspek etika tindak balas dalam menghadapi krisis dan bencana. Bidang pengajian ini juga merangkumi rekabentuk untuk pengendalian selamat bahan kimia industri, pengurusan bencana, pelan dan tindakbalas kecemasan semulajadi dan buatan manusia, keselamatan industri, kesihatan dan pengurusan alam sekitar, analisis bahaya, keselamatan proses dan pencegahan kehilangan dan juga kesihatan keselamatan perkerjaan. Bidang penyelidikan SHE merangkumi berbagai aktiviti manusia seperti dalam industri pembuatan, pemprosesan dan pelbagai industri yang berkaitan.
Senarai Pakar
Prof. Madya Shamsul Bahri Md Tamrin
Dr. Karmegam Karuppiah
Prof. Madya Dr. Kulanthayan KC Mani
Dr. Ng Yee Guan
Dr. Vivien How
Dr. Ahmad Azuhairi Arifin
Dr. Mohd Rafee Baharuddin
Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin
Dr Huda Zainuddin
Prof. Madya Dr Anita Abd Rahman
Dr Titi Rahmawati Hamedon
Prof. Madya Dr Muhamad Hanafiah Juni
Kemaskini:: 10/07/2019 [azimin]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services