BIOLOGI KANSER DAN ONKOLOGI | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH sgs
» BIOLOGI KANSER DAN ONKOLOGI

BIOLOGI KANSER DAN ONKOLOGI

Bidang utama ialah penyelidikan terhadap mekanisme perkembangan, pengesanan, pemantauan, dan rawatan kanser. Mekanisme diselidik melalui penentuan molekul dan arah laluan yang terlibat dalam pemproliferatan dan perencatan kanser. Arah laluan dan molekul tersebut akan dijadikan sasar untuk terapi kanser.  Untuk mengesan dan memantau perkembangan kanser, beberapa penanda serum akan dikenal pasti yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai kit diagnosis. Kemujaraban sebatian antikanser tiruan dan semula jadi juga akan diselidik dalam anjing dan kucing dengan kanser semulajadi manakala dalam mencit dan tikus yang diaruh untuk mendapat kanser yang tertentu. Sesetengah daripada sebatian ini akan diolah dalam sistem pemberian drug baharu dan inovatif sebagai terapi lebih berkesan. Penyelidikan ini juga melibat percubaan praklinikal (dalam haiwan makmal) dan klinikal (dalam anjing dan kucing dengan kanser semulajadi) untuk mengembangkan terapeutik kanser yang akan dipasarkan.

Senarai Pakar

Prof. Madya Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Prof. Madya Dr. Hazilawati Hj. Hamzah
Prof. Madya Dr. Gayathri Thevi Selvarajah

Kemaskini:: 18/07/2019 [azimin]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (06:13:04pm-06:18:04pm, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]