Program Pengajian Siswazah Mod Separuh Masa | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» Program Pengajian Siswazah Mod Separuh Masa

Program Pengajian Siswazah Mod Separuh Masa

Sekolah Pengajian Siswazah UPM kini menawarkan program pengajian sarjana separuh masa sebagai pilihan untuk calon dalam program dengan tesis (penyelidikan) yang memenuhi keperluan syarat.

Syarat Mod Separuh Masa adalah seperti berikut:

1. Kemasukan

a. Mod ini hanya ditawarkan kepada calon tempatan sahaja.
b. Calon yang kini bekerja (sama ada di sektor awam atau swasta) boleh dipertimbangkan untuk mod pengajian sarjana separuh masa di UPM. Pemohon mesti mengemukakan bukti iaitu dalam bentuk surat atau dokumen lain yang berkaitan.

2. Pertukaran Mod Pengajian dari Sepenuh Masa ke Separuh Masa

Pelajar tempatan dalam program pengajian sepenuh masa boleh memohon untuk menukar ke mod Separuh Masa jika mereka telah menerima tawaran pekerjaan (sama ada dalam sektor awam atau swasta).

3. Aktiviti dan Tempoh Pengajian

a. Pelajar yang mendaftar dalam mod separuh masa adalah tertakluk kepada Kaedah Pelajaran Siswazah UPM, kecuali untuk urusan yang berkaitan dengan tempoh pengajian.
b. Tempoh pengajian untuk pelajar Sarjana adalah dari empat hingga lapan (4-8) semester. Tempoh pengajian untuk pelajar PhD adalah dari lapan hingga dua belas (8-12) semester.
c. Pelajar dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya empat (4) kredit.
d. Seminar Research Proposal mestilah disiapkan selewat-lewatnya pada semester ketiga. Peperiksaan Komprehensif PhD mestilah dijalankan tidak lewat daripada semester ketujuh.

4. Permohonan

a. Borang permohonan akan diberikan kepada pemohon yang berminat.
b. Permohonan pertukaran mod pengajian Separuh Masa ini adalah tertakluk kepada kelulusan / persetujuan penyelia / fakulti. Sebarang pertanyaan, sila emel kepada - En. Muhammad Akees bin Abu Mansor (akees@upm.edu.my) atau Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani (ssalwaag@upm.edu.my)

(Senat 573)

Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan.


Kemaskini:: 25/06/2021 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
S, (02:29:14pm-02:34:14pm, 03 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]