ENTITI KAMI | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ENTITI KAMI » PENYERAHAN DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN

PENYERAHAN DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN

1. Semua pemohon mesti memuat naik dokumen sokongan mereka melalui portal pemohon

2. Jangan menghantar dokumen yang tidak diperlukan untuk permohonan anda. Ini boleh menyebabkan kelewatan untuk permohonan anda.

3. Hanya satu fail perlu dimuat naik untuk setiap jenis dokumen (contohnya, Transkrip Akademik & Sijil Ijazah. Semua halaman transkrip akademik mesti dimuat naik bersama sebagai satu fail PDF/JPEG). Untuk melakukan ini, anda disyorkan untuk menggabungkan dan memampatkan semua dokumen berkaitan menggunakan mana-mana perisian/program yang tersedia.

4. Semua dokumen yang dimuat naik MESTI TIDAK MELEBIHI 2 MB dan hendaklah dalam format PDF dan JPEG. JANGAN gunakan aksara khas (', _"*$%@ ?>#) semasa menamakan fail.

5. Semua dokumen asal yang bukan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu mesti diterjemahkan secara rasmi ke Bahasa Inggeris dan dimuat naik dalam satu fail PDF.

6. Penyerahan dokumen palsu adalah salah di sisi undang-undang dan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa jika didapati terdapat unsur-unsur penipuan di dalam dokumen.

7. Semakan kesahihan dokumen anda akan dilakukan apabila anda tiba di UPM. Sekiranya dokumen didapati dipalsukan, UPM berhak menamatkan pengajian anda tanpa mengira semester anda.

8. Dengan memohon ke UPM, anda bersetuju membenarkan UPM mengesahkan kesahihan dokumentasi anda. UPM mengekalkan hak untuk menghubungi mana-mana badan kerajaan, agensi, institusi atau persatuan untuk mengesahkan dokumentasi anda.

 

KEPERLUAN DOKUMEN SOKONGAN TAMBAHAN :

Pemohon yang telah menamatkan pengajian mereka di China, Iran, Nepal, Nigeria atau Pakistan mesti memenuhi keperluan dokumen sokongan tambahan:

IRAN:
Sijil dan transkrip perlu diterjemahkan secara rasmi oleh Kementerian Luar Negeri Iran.

NEPAL:
Sijil dan transkrip yang diimbas mesti diperakui secara rasmi oleh institusi pemberi sijil. Provisional certificates, Character certificate atau sijil lain tidak akan diterima.

NIGERIA:
Sijil dan transkrip yang diimbas mesti diperakui secara rasmi oleh institusi pemberi sijil. Sekiranya anda belum menerima sijil Sarjana Muda, anda mesti memuat naik Sijil Kejayaan / Keputusan Pengesahan (tidak lebih dari 2 tahun). Transkrip mesti menunjukkan tarikh ijazah dikurniakan. Semasa memuatnaik salinan sijil dan transkrip ke dalam sistem, sila minta institut anda menghantar e-mel kepada pg_admission@upm.edu.my, jika tidak, keputusan permohonan tidak akan dikeluarkan sehingga pengesahan diterima.

PAKISTAN:
Sijil yang diimbas dan semua halaman transkrip mesti disahkan oleh Higher Education Commission (HEC).

CHINA:

Bagi membuktikan pemohon telah berjaya menamatkan pengajian daripada institusi yang dinyatakan, pihak UPM memerlukan pemohon untuk memberi Sijil Graduasi, Sijil Ijazah dan Laporan Pengesahan Atas Talian dari China Credentials Verification (CSSD). Laporan tersebut berkenaan dengan maklumat Sijil Graduasi pelajar yang disimpan pada pangkalan data pihak CSSD, seperti pelajar yang telah tamat pada dan selepas 2022. Sila kemukakan dokumen yang lengkap mengikut format dibawah:

  1. Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Laporan Pengesahan Atas Talian Kelayakan Pengajian Tinggi
  2. Sijil Graduasi asal
  3. Terjemahan Bahasa Inggeris Sijil Graduasi
  4. Pengesahan Notari untuk Sijil Graduasi
  5. Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Pengesahan Notari Sijil Graduasi
  6. Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Laporan Pengesahan Atas Talian Sijil Ijazah Pengajian Tinggi
  7. Sijil Ijazah asal
  8. Terjemahan Bahasa Inggeris Sijil Ijazah
  9. Pengesahan Notari untuk Sijil Ijazah
  10. Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Pengesahan Notari Sijil Ijazah
  11. Laporan Pengesahan Atas Talian Rekod Pelajar

 

Cara Memohon : Pendahuluan Ringkas & Cara Memohon

   

 

TRANSKRIP AKADEMIK DALAM BAHASA CINA DAN INGGERIS

Ini adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh institusi yang anda hadiri yang menyenaraikan semua mata pelajaran yang diambil dan gred yang diperoleh untuk setiap semester pengajian. Jumlah kredit ijazah sarjana muda atau yang setaraf dengannya mestilah sekurang-kurangnya 120 kredit dan dicop secara rasmi daripada pejabat yang ditetapkan (cth. pejabat hal ehwal akademik, pejabat arkib) di institusi yang anda hadiri. Transkrip (s) mesti menunjukkan dengan jelas cara PNGK diperoleh dan skala untuk PNGK (4 atau 5). Jika transkrip tidak menyatakan pengiraan sedemikian, sila berikan jumlah markah rasmi dalam peratusan (%) daripada universiti itu sendiri. Sila sediakan sistem penggredan rasmi yang dikeluarkan oleh universiti. Tafsiran sendiri pengiraan PNGK, walaupun diperakui oleh notari awam, TIDAK AKAN DITERIMA. Sila serahkan dokumen lengkap mengikut format yang disediakan di bawah:

  1. Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Laporan Pengesahan Transkrip Akademik Pengajian Tinggi
  2. Transkrip Akademik asal
  3. Terjemahan Bahasa Inggeris Transkrip Akademik
  4. Pengesahan Notari untuk Transkrip Akademik
  5. Terjemahan Bahasa Inggeris untuk Transkrip 

   

 

Bagi mereka yang lulusan dari university di luar China, anda mesti mendapatkan pengesahan Ijazah dari Chinese Service Centre for Scholarly Exchange (CSCSE). CSCSE ialah institusi kebangsaan secara langsuang di bawah Kementeria Pendidikan China.

Cara Memohon : Pendahuluan Ringkas & Cara Memohon

Sila ambil maklum bahawa pihak UPM tidak menerima sebarang program Pembelajaran Sendiri. Kami pohon agar pemohon mematuhi dengan syarat yang telah dinyatakan di atas dan pihak UPM berhak untuk menolak permohonan kemasukan ke UPM sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau pemalsuan dokumen berkaitan dengan syarat-syarat di atas.

PERINGATAN: Permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.

 

 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

                    
                  Unit Pengambilan
                  Sekolah Pengajian Siswazah 
                  Universiti Putra Malaysia
                  43400 Serdang, Selangor 
                  Malaysia

                   Tel: +603-8946 4234 / 4169 / 4218 / 4172 / 4165
                   Emel:
sgs.admissions@upm.edu.my

                   Facebook    : https://www.facebook.com/sgsupm
                  Instagram   https://www.instagram.com/sgsupm/     

Kemaskini:: 12/05/2026 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (12:12:11pm-12:17:11pm, 25 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]