Pengurusan Data Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH sgs
» MAKLUMAT LAIN » PENGURUSAN DATA SISWAZAH » Pengurusan Data Siswazah

Pengurusan Data Siswazah

 

Bagi memastikan ketepatan, keselamatan serta integriti data skop siswazah, maka, pengurusan data siswazah diletakkan secara berpusat di bawah Pejabat Am Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah.  

Semua permohonan data perlu dikemukakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, dan pemohon bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan data yang diperoleh digunakan secara sah serta selaras dengan dasar universiti.

 

Jenis Data

  1. Data Statistik - iaitu dalam bentuk ringkasan bilangan
  2. Data Senarai - iaitu jenis data mentah (bukan statistik), di mana maklumat senarai pelajar diperlukan

 

Prosedur Permohonan Data

1. Bagi data jenis statistik:

Sila lengkapkan borang permohonan rasmi melalui pautan berikut: Borang Permohonan Data
 
2. Bagi data jenis senarai:
 
Langkah 1:

Sila membuat permohonan ke Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK)

- Rujuk Garis Panduan Pengurusan Data Strategik UPM dan Garis Panduan Permohonan Maklumat Rasmi UPM (Lampiran 2(a) dan 2(b)), seperti yang diumumkan oleh PSPK melalui INFO UPM pada 3 Januari 2024 (boleh diakses di Laman Web PSPK – Bahagian Muat Turun).

Langkah 2:

Setelah mendapat kebenaran daripada PSPK, sila lengkapkan borang permohonan rasmi SPS melalui pautan berikut: Borang Permohonan Data dengan turut melampirkan Borang Aku Janji Kerahsiaan Maklumat Rasmi Universiti Putra Malaysia yang telah dihantar ke PSPK.

 

Tempoh Penyediaan Data

Setelah permohonan diluluskan, data akan diproses dan disediakan dalam tempoh berikut:

  • Dua (2) hari bekerja bagi permohonan data biasa
  • Lima (5) hari bekerja bagi permohonan data kompleks

Sebarang isu berkaitan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

Puan Nur Nadiah Abdul Rahim
Pegawai Eksekutif 3
nur_rahim@upm.edu.my
03-9769 4207

 

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan data siswazah boleh emel kepada infosgs@upm.edu.my.

Atau sekiranya mempunyai soalan yang berkaitan dengan audit data akademik (contoh: MyRA®, SETARA, MyMOHES, QS Ranking, THE Impact Ranking, UI-Greenmetric, THE University Ranking, QS Sustainability Ranking) bolehlah berhubung dengan:
 
Encik Mohamad Hafiz Mohamad
Penolong Pendaftar/Ketua Unit Kurikulum
mhafizm@upm.edu.my
03-9769 4245
 
 

 

Kemaskini:: 09/02/2026 [adibbaharudin]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (08:27:17am-08:32:17am, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]