Buli memberi kesan bukan sahaja kepada mangsa, tetapi juga kepada pembuli dan pemerhati. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah jangka pendek dan jangka panjang.
Mangsa buli sering mengalami kesan emosi, fizikal, akademik, dan kesihatan mental. Antaranya termasuk kemurungan, kebimbangan, rasa kesunyian, gangguan tidur dan pemakanan, serta kehilangan minat terhadap aktiviti yang sebelum ini digemari. Kesan ini boleh berlarutan hingga dewasa. Dari segi fizikal, mereka mungkin mengadu sakit tanpa sebab yang jelas, manakala secara akademik, prestasi menurun, kurang hadir ke sekolah, dan mungkin tercicir. Dalam beberapa kes ekstrem, mangsa boleh bertindak balas dengan keganasan serius. Sebagai contoh, 12 daripada 15 penembak sekolah di AS pada tahun 1990-an diketahui pernah menjadi mangsa buli.
Pembuli juga berisiko menghadapi masalah besar dalam hidup. Mereka cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau alkohol, pergaduhan fizikal, tinggalkan sekolah awal, dan kelakuan seksual pramatang. Di masa dewasa, mereka mungkin terlibat dalam jenayah, penderaan rumah tangga, atau menjadi ibu bapa yang kasar.
Pemerhati atau saksi buli turut terkesan. Mereka lebih berisiko mengalami tekanan emosi, kemurungan, dan kecemasan, selain mungkin menggunakan bahan terlarang sebagai cara melarikan diri. Prestasi akademik mereka juga boleh terjejas akibat tekanan emosi atau rasa takut berada di sekolah.
Walaupun buli sering dikaitkan dengan kes bunuh diri, ia bukanlah punca tunggal. Namun, ia meningkatkan risiko apabila digabungkan dengan faktor lain seperti kemurungan sedia ada, masalah keluarga, atau trauma. Risiko bertambah jika mangsa tiada sokongan daripada keluarga, rakan, atau guru.
sumber: https://www.stopbullying.gov/bullying/effects
Tarikh Input: 18/04/2025 | Kemaskini: 18/09/2025 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services