Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.
NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Berkait dakwaan 'Anonymous Malaysia' kononnya keselamatan infrastruktur dan sistem siber negara di tahap rendah, MKN berkata kerajaan amat memandang berat berhubung perkara tersebut. Kerajaan amat mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur teknologi maklumat kerajaan, serta sistem-sistem kritikal negara dengan menggariskan tindakan-tindakan pengukuhan sistem teknologi maklumat, termasuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang berkaitan.
Pakar keselamatan rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain pula berkata, sama ada sedar atau sebaliknya, ketika pandemik ini, orang ramai lebih banyak terdedah kepada ancaman tersebut kerana banyak urus niaga dilakukan secara dalam talian.
"Tahap ancaman adalah berbeza dan berlaku pada setiap masa. Ada di antara mereka yang membuat ancaman seumpama ini adalah hendak menguji pengalaman masing-masing."
"Kalau terima mesej daripada mereka yang tidak dikenali, jangan cepat terpedaya dan buat semakan dulu," katanya.
Sumber :
Tarikh Input: 29/01/2021 | Kemaskini: 08/06/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203