14th Malaysian Top University Education Fair 2022 At Bangladesh | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » 14th Malaysian Top University Education Fair 2022 at Bangladesh

14th Malaysian Top University Education Fair 2022 at Bangladesh

Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah menyertai 14th Malaysian Top University Education Fair 2022 di Bangladesh bersama lima (5) universiti lain iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan Universiti Multimedia (MMU) bagi pempromosian program pengajian di universiti masing-masing. Program ini telah diadakan dari 15 hingga 23 Julai 2022 di empat (4) bandar – Khulna, Rajshahi, Chittagong dan Dhaka. UPM telah diwakili oleh Puan Rahmawati binti Umar dari Sekolah Pengajian Siswazah dan Puan Norliya binti Yahya dari Bahagian Kemasukan dan Bahagian Tadbir Urus Akademik. Booth pameran UPM telah dikunjungi oleh lebih kurang 500 pelawat yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Bacelor, Master dan PhD di UPM. Majoriti pengunjung berminat menyambung pengajian dalam bidang Sains Komputer, Ekonomi, Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pembangunan Sumber Manusia dan Pemasaran.

Secara keseluruhan, pasaran program Pengajian Siswazah UPM di Bangladesh mempunyai permintaan dan potensi untuk dikembangkan terutama dalam beberapa bidang utama yang telah dikenalpasti.

Walau bagaimanapun, maklumat berkenaan polisi, keperluan visa dan kos sara hidup perlu diterangkan dengan terperinci bagi memberi gambaran awal persediaan kewangan yang diperlukan oleh pelajar yang ingin menyambung pengajian ke UPM. Selain itu, terdapat juga permintaan untuk program dilaksanakan secara atas talian atau Open Distance Learning (ODL).

Bandar pertama di Khulna – Hotel Castle Khulna [15 Julai 2022 - Jumaat]

 
   

Bandar kedua di Rajshahi – Hotel Nanking [17 Julai 2022 - Sabtu]

 
   

Bandar ketiga Chittagong – Hotel Parkwell [19 Julai 2022]

 
   

Bandar keempat di Dhaka – Hotel Sarina [22 & 23 Julai 2022]

 
   
   

Tarikh Input: 19/08/2022 | Kemaskini: 02/09/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZSAo~