Sekolah Pengajian Siswazah UPM telah memenangi Anugerah Tempat Kerja Selamat bagi kategori A pada 26 April 2017 yang lepas di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM. Acara tersebut telah diadakan sempena Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2017.
Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP) UPM telah diadakan oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia dan berlangsung dari 4 April hingga 26 April 2017. Objektif sambutan BKKP UPM 2017 adalah untuk terus mempertingkat dan memperteguh kesedaran serta membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan staf di UPM Kampus Serdang, Selangor dan UPM Kampus Bintulu, Sarawak.
Tarikh Input: 03/05/2017 | Kemaskini: 22/05/2017 | haslinda_s
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203