
20 Mei 2024, Isnin- Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 Tahun 2024 telah diadadakan bermula jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Sekolah Pengajian Siswazah yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Timbalan Dekan (Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan), Puan Norhasliza Hassan, Timbalan Pendaftar SPS, Encik Saiful Bahrie Abdul Manap, selaku Ketua Juruaudit daripada Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), wakil daripada Pejabat Bursar, Pusat Kesihatan Universiti dan i-PUTRA.
Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat adalah berasaskan kepada standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) IS0/IEC 27001:2013. Pematuhan kepada Standard ISO/IEC 27001:2013 adalah jaminan kepada Pihak Berkepentingan dan Pelanggan bahawa maklumat yang berkaitan adalah dilindungi dan selamat daripada kerosakan, hilang atau disalahguna.
![]() |
![]() |
![]() |
Sejajar dengan itu, UPM melaksanakan ISMS bagi menjamin kesinambungan pengurusan keselamatan maklumat dengan meminimumkan kesan insiden ICT supaya maklumat sentiasa terpelihara, diperoleh dengan cepat dan keselamatannya dikawal. Pelaksanaan ISMS juga untuk memudahkan perkongsian maklumat bersesuaian dengan keperluan operasi entiti yang terlibat di UPM. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dalam skop ISMS dilindungi.
Audit ISMS berlangsung selama dua(2) hari melibatkan kesemua pegawai SPS, staf unit pengambilan dan kesemua staf lain secara tidak langsung.
Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 15/07/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services