Pada 22 September 2020, Sekolah Pengajian Siswazah UPM telah menjalani Audit Dalaman Swaakreditasi 2020 UPM-SPS bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Sekolah Pengajian Siswazah UPM. Proses audit telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Antara juruaudit yang hadir ialah Profesor Dr. Thareq (Pengarah Penerbit), Profesor Dr. Hamidah (FSKTM), Profesor Dr. Ismi (Pengarah IPSAS) dan Profesor Madya Dr. Fazirul (FK). Audit ini melibatkan ahli pengurusan Sekolah Pengajian Siswazah UPM.
Audit dalaman swaakreditasi adalah penting untuk UPM membuat penambahbaikan secara menyeluruh yang melibatkan semua entiti akademik dan PTJ yang menyediakan perkhidmatan sokongan supaya jaminan kualiti akademik UPM berada pada standard yang lebih cemerlang.
UPM dianugerahkan Status Swaakreditasi oleh MQA pada 29 April 2010 dan penganugerahan status itu tertakluk kepada penilaian semula oleh MQA, iaitu penilaian sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun.
Swaakreditasi adalah satu bentuk autonomi institusi untuk UPM mempertingkatkan jaminan kualiti akademik melalui penilaian kendiri dan penambahbaikan secara berterusan.
Tarikh Input: 28/09/2020 | Kemaskini: 28/09/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203