Audit EKSA Di Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Audit EKSA di Sekolah Pengajian Siswazah

Audit EKSA di Sekolah Pengajian Siswazah

1 September 2022, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menjalani audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), sebagai salah satu kriteria Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2022. Pn.Norlida Zamberi (Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi) dan Pn. Salmawati Abdul Malid (Pusat Strategi Dan Perhubungan Korporat) telah menjalankan amanah mereka sebagai auditor yang dilantik bagi SPS. Sesi pembukaan audit telah dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh Timbalan Pendaftar SPS, Pn.Norhasliza Hassan dan diteruskan dengan pembentangan berkenaan amalan EKSA semasa di SPS oleh penyelaras EKSA SPS, Cik. Nur Nadjla Ahmad Razei.

Para auditor kemudiannya telah dibawa sekeliling bangunan SPS untuk proses pengauditan; di dua (2) zon yang meliputi bilik para pegawai, pejabat/kaunter dan ruang guna sama. Pelbagai soalan telah diutarakan berkenaan amalan semasa dan usaha penambahbaikan yang telah dilakukan oleh PTJ dalam memperbudaya objektif EKSA.

Proses penilaian yang mengambil masa selama 2 jam itu telah ditutup dengan sesi maklum balas daripada para auditor bersama Jawatankuasa EKSA SPS di Bilik Mesyuarat 1. Pelbagai idea dan pandangan telah dikongsikan oleh para auditor untuk ingatan bersama ahli SPS bagi penambahbaikan amalan EKSA pada masa akan datang.

Tarikh Input: 09/09/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdUAY~