Audit Penilaian Kendiri EKSA Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Audit Penilaian Kendiri EKSA Sekolah Pengajian Siswazah

Audit Penilaian Kendiri EKSA Sekolah Pengajian Siswazah

11 Januari 2024, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menjalani sesi Audit Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), bagi tujuan penyertaan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2023-2024. Puan Siti Nur Ain Rahim (Sekolah Perniagaan dan Ekonomi) dan Encik Syafiq Hariz Mohd Hanifiah (Fakulti Sains) telah menjalankan amanah mereka sebagai auditor yang dilantik bagi SPS. Sesi pembukaan audit telah dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh Timbalan Pendaftar SPS, Pn.Norhasliza Hassan dan diteruskan dengan pembentangan berkenaan amalan EKSA semasa di SPS oleh fasilitator EKSA SPS, Cik. Nur Nadjla Ahmad Razei.

Para auditor kemudiannya telah dibawa sekeliling bangunan SPS untuk proses pengauditan; di dua semua zon yang meliputi bilik para pegawai, pejabat/kaunter dan ruang guna sama. Pelbagai soalan telah diutarakan berkenaan amalan semasa dan usaha penambahbaikan yang telah dilakukan oleh PTJ dalam memperbudaya objektif EKSA.

Proses penilaian yang mengambil masa selama 2 jam itu telah ditutup dengan sesi maklum balas daripada para auditor bersama Jawatankuasa EKSA SPS di Bilik Mesyuarat 1. Pelbagai idea dan pandangan telah dikongsikan oleh para auditor untuk ingatan bersama ahli SPS bagi penambahbaikan amalan EKSA pada masa akan datang.

  

    

Tarikh Input: 11/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbVAE~