Bengkel 2 Transformasi Dokumen Berasaskan Pengguna (Skop Siswazah) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Bengkel 2 Transformasi Dokumen Berasaskan Pengguna (Skop Siswazah)

Bengkel 2 Transformasi Dokumen Berasaskan Pengguna (Skop Siswazah)

22 Mac 2024, Serdang- Rentetan daripada anjuran Bengkel Transformasi Dokumen Berasaskan Pengguna Siri 1 yang telah diadakan pada 15 Mac, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Transformasi Dokumen Berasaskan Pengguna Siri 2 bertempat di Thinker Space 2.0, Fakulti Kejuruteraan.

Tujuan utama bengkel tersebut adalah untuk menyemak dan mengharmonikan 47 dokumen yang diterajui oleh SPS agar dokumen baharu yang akan dihasilkan lebih berfokus mengikut kategori pengguna dan dapat meminimakan bilangan dokumen yang perlu dirujuk.

Seramai 25 orang peserta bengkel telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan bagi meneliti komponen yang berlainan; Prosedur Pengajaran & Pembelajaran Program Siswazah, Garis Panduan Pengajaran & Pembelajaran (Siswazah) untuk kategori Sekolah Pegajian Siswazah, kategori Pentadbir Pusat Tanggungjawab (PTJ), kategori Pensyarah dan akhir sekali kategori Pelajar. Perbincangan yang bersasar dengan wakil dari setiap unit telah memberikan lebih banyak input bagi penyelarasan semula dokumen-dokumen sedia. Kerelevanan dokumen kepada proses siswazah semasa, penambahbaikan proses dan cadangan penambahan dokumen yang bersesuai mengikut keperluan adalah antara perkara yang telah digariskan dalam perbincangan setiap kumpulan.

Bengkel selama satu hari tersebut telah diakhiri dengan perkongsian progres dapatan perbincangan setiap kumpulan dan sesi fotografi pada jam 4.30 petang.

 

Tarikh Input: 24/03/2024 | Kemaskini: 16/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEeSAC~