Bengkel Asas Infografik Dan Multimedia 2.0 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Bengkel Asas Infografik dan Multimedia 2.0

Bengkel Asas Infografik dan Multimedia 2.0

15 Jun 2023, Serdang – Bengkel Asas Infografik dan Multimedia 2.0 merupakan inisiatif bersiri Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media, SPS dalam memperkenalkan pengetahuan asas berkaitan penghasilan bahan promosi kepada staf Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) yang lain. Objektif ini lebih berfokus kepada penggunaan aplikasi dalam talian yang mudah untuk difahami dan diakses secara percuma.

Siri bengkel pada kali telah memfokuskan penghasilan slaid pembentangan yang interaktif menggunakan templat sedia ada dalam talian. Contoh aplikasi yang digunakan dalam aktiviti amali tersebut adalah Prezi dan Canva. Seramai 18 orang peserta dari kalangan staf SPS, merangkumi semua Unit, dan peserta walk-in telah telah menyertai bengkel tersebut. Selaku pereka grafik utama SPS, Cik Thuaibah Aslamiah telah mengendalikan sesi perkongsian teori serta serta aktiviti amali sepanjang program tersebut, dibantu oleh ahli Unit HEP & Media yang lain. Aktiviti amali bengkel telah memperlihat kemahiran peserta menggunakan aplikasi Prezi dalam menghasilkan satu slaid pembentangan, menggunakan tema yang rawak dan teori infografik yang telah dipelajari. Kaedah ini membuka lebih banyak ruang untuk para peserta menzahirkan idea dan kreativiti mereka.

Setiap peserta telah membentangkan hasil tangan mereka pada penghujung aktiviti amali dan menerangkan idea mereka berdasarkan teori infografik. Sesi soal jawab dan penerangan telah diadakan sepanjang bengkel. Bengkel tersebut telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari di Bilik Mesyuarat 1, Sekolah Pengajian Siswazah.

Tarikh Input: 16/06/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDUAd~