Berkhidmat Kembali Kepada Komuniti – Lens Of Knowledge 2.1: Colours With Community! | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Berkhidmat Kembali Kepada Komuniti – Lens of Knowledge 2.1: Colours with Community!

Berkhidmat Kembali Kepada Komuniti – Lens of Knowledge 2.1: Colours with Community!

5 Ogos 2023, SERDANG – Ilmu yang diperoleh adalah sesuatu yang perlu dikongsi bersama kelompok masyarakat bagi membentuk sfera sosial yang seimbang. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengambil satu langkah baharu dengan melaksanakan projek bersama komuniti orang asli di sekitar Kawasan Puchong. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pusat Pertanian Putra telah menjadi rakan kerjasama utama dalam projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) SPS pada kali ini. Projek yang dijalankan pada 4-5 Ogos 2023 di Perkampungan Orang Asli Rasau Hilir (Suku Temuan), Puchong telah berfokus kepada sesi pemindahan ilmu, menambahbaik dan menceriakan sekitar kawasan kampung tersebut. Aktiviti utama seperti sesi bersama kanak-kanak bawah 12 tahun, membersih, melukis mural, dan menanam anak pokok telah dilaksanakan sepanjang program ini.

En.Baharuddin, selaku Tok Batin kampung tersebut, telah menzahirkan rasa penghargaan beliau kepada warga SPS kerana telah menjalankan projek tersebut di kampung beliau. Beliau turut mengalu-alukan kerjasama seumpama itu pada masa-masa akan datang. Tok Batin Bah telah menyambut baik usaha SPS dalam membaikpulih kawasan surau dan balai kampung tersebut.

Program ini telah turut disertai oleh komuniti tempatan kampung tersebut, dari segi membantu penanaman pokok dan mengawal kanak-kanak yang hadir ke program tersebut. Seramai 30 orang warga SPS, telah berjaya menanam 41 batang pokok di sekitar kampung dan menguruskan program literasi internet bersama kanak-kanak di balai raya kampung. Kumpulan kanak-kanak itu dipilih melihat kepada bahaya internat yang lebih luas kepada mereka sekiranya pendedahan yang berlebihan tidak dikawal baik bagi usia mereka.

    

  

  

Program tersebut telah tamat sekitar jam 5.00 petang dengan sesi fotografi dan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai program. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Prof.Dr. Firdaus Mukhtar, Timbalan Dekan (Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan) dan Pn .Norhasliza Hassan, selaku Timbalan Pendaftar SPS.

Tarikh Input: 06/08/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDPAu~