BULAN INTEGRITI 2020
Sejak tahun 2005, Hari Integriti Nasional disambut pada 5 November setiap tahun bersempena dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan berperanan untuk memberikan konsultasi dan nasihat kepada ketua badan awam dan swasta dalam mengenalpasti punca risiko kepada berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja dalam organisasi masing-masing.
Sambutan Hari Integriti Nasional disambut bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan penjawat awam di Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya mengenai keperluan dan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dan integriti secara berterusan.
Sumber :
Tarikh Input: 30/11/2020 | Kemaskini: 08/02/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203