COVID-19 : Hanya 2 Kes Baharu Dengan 1 Kematian | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » COVID-19 : Hanya 2 Kes Baharu dengan 1 Kematian

COVID-19 : Hanya 2 Kes Baharu dengan 1 Kematian

Disediakan oleh FMT Reporters - 10 Jun, 2020 5:30 PM

 

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, hari ini mengumumkan 2 jangkitan baharu Covid-19 merekodkan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,338 kes dan 1,206 kes aktif yang masih dalam proses rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan 39 kes sembuh direkodkan 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 7,014 atau 84.1% daripada jumlah kes.

"Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini juga, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan dalam kalangan warga Malaysia. Dr Noor Hisyam berkata 5 pesakit Covid-19 masih dalam unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan. Dia juga berkata bahawa 1 kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 118.

"Satu kes penularan di dalam negara yang dicatatkan adalah seorang bukan warganegara yang mana kes ini dilaporkan di Kuching, Sarawak, iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8,303"

Kes kematian melibatkan lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun, 7.03 pagi.

Bagi kluster Sri Petaling, didapati 3,374 kes positif dan 172 kes aktif. 34 kematian direkodkan dalam kluster ini. Sebanyak 41,736 sampel telah diambil dan terdapat lima generasi.

Bagi kluster sekolah tahfiz dan madrasah, terdapat 423 institusi yang dikesan melibatkan 706 kes positif dalam kalangan guru, pelajar dan staf.

Bagi rumah warga emas, 8 buah rumah telah dikesan melibatkan 27 kes positif. Bagi yang pulang dari luar negara, 553 kes positif dilaporkan dengan satu kes yang baru pulang dari Singapura.

Bagi kluster Selangor Mansion di Kuala Lumpur yang masih dalam PKPD, Dr Noor Hisyam berkata 179 kes positif dilaporkan dengan tiada kes kematian.

Bagi pusat kuarantin MAEPS Serdang, terdapat 416 kes positif bukan warga negara dengan 1 kes warganegara direkodkan.

Bagi depot Bukit Jalil, darpada 1600 warga asing, 609 disahkan positif. Bagi depot Semenyih, 66 kes positif daripada 1785 warga asing yang dtempatkan disana. Di Sepang, daripada 1,477 warga asing disana, 60 disahkan positif.

 

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/06/10/only-2-new-covid-19-cases-with-one-death/

Tarikh Input: 11/06/2020 | Kemaskini: 15/06/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDTNAO~