COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

Kuala Lumpur - Untuk memutuskan rantaian COVID-19, pihak kerjaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama 14 hari bermula dari 13 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021.

Malaysia mengalami lonjakan kes sejak jangkitan gelombang ketiga apabila setiap negeri mula mencatatkan pertambahan kes baharu mulai September tahun lepas. Digusari setiap hospital awam akan dipenuhi dengan pesakit Covid-19 dimana 15 daripadanya telah dikatakan sudah hampir mencapai kapasiti.

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah pada hari Ahad mengatakan bahawa beliau sangat bimbang dengan peningkatan jumlah kematian dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sejak 1 Jan, terdapat 71 kematian yang telah direkodkan. Sebagai perbandingan, terdapat kurang daripada 100 kematian yang dicatatkan dalam sembilan bulan pertama tahun 2020. Jumlah kes harian, yang kini rata-rata sekitar 2000 kes baharu telah mencapai rekod tertinggi 3027 pada 7 Januari.

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, pergerakan akan terbatas pada radius 10 km dari rumah dan hanya dua orang dari satu keluarga yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan dalam kenderaan yang sama pada satu masa untuk tujuan membeli barang keperluan dari pasar raya.

Perjalanan merentas daerah juga tidak dibenarkan dalam tempoh ini untuk seluruh negara dan mana-mana individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

 

 

Sumber :

  1. New Strait Times https://www.nst.com.my/news/nation/2021/01/656447/mco-20-five-states-three-fts
  2. New Strait Times https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-to-impose-mco-for-2-weeks-from-jan-13-in-several-states-to-curb-covid-19-cases

Tarikh Input: 29/01/2021 | Kemaskini: 13/04/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaEA4~