Upacara penyampaian anugerah biasiswa UPM- SEARCA telah diadakan baru-baru ini pada 27 Oktober 2017. Ianya diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar yang terpilih di atas pencapaian cemerlang mereka dan bagi mengiktiraf kerjasama di antara UPM dan SEARCA dalam menawarkan biasiswa kepada pelajar siswazah di UPM. Majlis diserikan dengan kehadiran Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Dr. Maria Cristeta Cuaresma, Program Head for Graduate Education and Institutional Development of SEA. Seramai dua orang pelajar telah terpilih menerima biasiswa yang yang julung kali diberikan ini iaitu Cik Arissara Sopawong dari Thailand dan Cik Nuraizat Abidin dari Brunei Darussalam.
Cik Arissara merupakan pensyarah di Faculty of Agriculture, Ubon Ratchathani University dan sedang menyambung pengajian PhD di UPM dalam bidang Biodiversiti dan Pemuliharaan Sumber Asli. Manakala, Puan Nuraizat ialah Pembantu Penyelidik di Universiti Brunei Darussalam dan sedang mengambil program Master Sains (MS) dalam Patologi Tumbuhan.
Projek biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate Scholarship telah bermula pada tahun 2012 dan kini telah memasuki fasa kedua. Pelajar yang menerimanya akan diberikan pengecualian yuran penuh daripada UPM iaitu bagi tempoh 3 tahun untuk pelajar PhD dan 2 tahun untuk pelajar Master. Pihak SEARCA pula akan menyediakan bantuan dalam bentuk Elaun Bulanan, Elaun Buku, peruntukan untuk menjalankan penyelidikan, insuran, pas dan visa, dan tiket penerbangan. Majlis penyampaian biasiswa pada tahun ini juga disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai, Ketua Jabatan, Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian dan pegawai pengurusan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM, iaitu Prof. Dr. Nor Aini Ab. Shukor, Timbalan Dekan (Tesis, Sokongan Pembelajaran dan Penerbitan), Prof. Madya Dr. Tang Sai Hong, Timbalan Dekan (Kemasukan dan Antarabangsa) dan Encik Saiful Maskan, Penolong Pendaftar Kanan.
![]() |
![]() |
sumber: searca.org
Tarikh Input: 15/11/2017 | Kemaskini: 15/11/2017 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203