Gabungan Pasukan SGS Johan Sukan Petanque SUSTAF 2020 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Gabungan Pasukan SGS Johan Sukan Petanque SUSTAF 2020

Gabungan Pasukan SGS Johan Sukan Petanque SUSTAF 2020

UPM telah menganjurkan Sukan Staf UPM 2020 yang telah bermula pada awal bulan Ogos 2020 dan akan berakhir pada awal bulan Oktober 2020. Tujuan utama kejohanan SUSTAF ini dianjurkan adalah sebagai medium bagi staf-staf UPM untuk bertarung secara sihat serta menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan berkaitan. Selain itu, kejohanan SUSTAF ini juga diadakan sebagai medan mencari bakat di kalangan staf UPM untuk diketengahkan bagi mewakili UPM dalam penyertaan Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) dan Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN).

Pada tahun 2020, entiti UPM telah digabungkan untuk membentuk 8 pasukan gabungan bagi bersaing dalam kejohanan SUSTAF 2020 iaitu dinamakan sebagai Gabungan 1, Gabungan 2, Gabungan 3, Gabungan 4, Gabungan 5, Gabungan 6, Gabungan 7 dan Gabungan 8.

Sekolah Pengajian Siswazah merupakan Gabungan 6 yang terdiri daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik, Bahagian Antarabangsa, Bahagian Audit Dalaman, Pusat Pembangunan Akademik, Sekolah Pengajian Siswazah, Pusat Kesihatan Universiti, Taman Pertanian Universiti & Ekuin Park, WAZAN dan Koperasi UPM.

Pada 5 dan 6 September 2020, perlawanan sukan petanque telah diadakan di Padang Petanque UPM, diwakili dengan peserta yang kuat dan berpengalaman, Gabungan 6 iaitu gabungan Sekolah Pengajian Siswazah telah menjadi Johan bagi perlawanan sukan petanque SUSTAF 2020 tersebut.

Diharapkan Gabungan 6 terus bersemangat dan cemerlang dalam sukan seterusnya.

 

 

 

Tarikh Input: 28/09/2020 | Kemaskini: 28/09/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdOAn~