2 Mei 2025, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Memperbaharui Aku Janji dan Ikrar Perkhidmatan Awam yang melibatkan seluruh warga kerja SPS, bersempena sambutan Hari Pekerja 2025. Majlis ini turut disusuli dengan pelaksanaan Hari Kualiti dan Inovasi SPS bagi tahun 2024/2025, yang bertujuan memberi penghargaan kepada inisiatif peningkatan mutu kerja serta pencapaian inovatif warga SPS sepanjang tahun. Majlis dihadiri oleh semua staf SPS termasuklah barisan pengurusan SPS. Program berlangsung di Bilik Putra Sarjana pada jam 9 pagi.
Melalui sesi memperbaharui aku janji dan ikrar ini, para staf melafazkan komitmen mereka terhadap nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam seperti integriti, akauntabiliti dan profesionalisme. Inisiatif ini mencerminkan iltizam berterusan SPS dalam membudayakan kecemerlangan dan tadbir urus yang baik di kalangan warganya.
Sementara itu, sambutan Hari Kualiti dan Inovasi berperanan sebagai platform pengiktirafan kepada usaha-usaha penambahbaikan, kreativiti dan inovasi dalam amalan kerja yang telah digerakkan oleh pelbagai bahagian di SPS. Majlis ini bukan sahaja menjadi landasan untuk menghargai hasil kerja cemerlang, malah turut menyemarakkan semangat berinovasi dalam kalangan staf ke arah kecemerlangan institusi. Antara anugerah yang diberikan adalah:
Anugerah Khas Kepimpinan Pentadbiran
Puan Norhasliza Hassan
Anugerah Khas Kualiti
Puan Salwati binti Abdul Ghani
Anugerah Dedikasi Cemerlang
Puan Nurul ‘Ain binti Muhamad Zaini
Anugerah Pemimpin Inspirasi
i) Puan Nur Nadiah binti Abdul Rahim
ii) Cik Affahuraizah binti Abdul Rahman
Anugerah Persona Profesional
Puan Nur Alyani binti Mohd Yusoff@Ramli
Anugerah Permata Harapan
Puan Noor Suhaila binti Haji Yusoff
Anugerah Pengiktirafan EKSA
i) Anugerah Ruang Kerja Terbaik
Puan Siti Noor Alia Mohd Husin
ii) Anugerah Ruang Pejabat Terbaik
Unit Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan
iii) Anugerah Ruang Gunasama Terbaik
Zon Amethyst
Tarikh Input: 02/05/2025 | Kemaskini: 06/05/2025 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services