Inovasi Dan Laman Web SPS Ke Arah HKIP 2022 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Inovasi dan Laman Web SPS Ke Arah HKIP 2022

Inovasi dan Laman Web SPS Ke Arah HKIP 2022

Oktober 2022, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) tidak terkecuali dalam menyambut sahutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022, yang semakin rancak sehingga penutupnya pada bulan Disember 2022. Pelbagai audit dan proses persediaan telah dilalui menuju ke penilaian akhir dan yang terkini, pasukan Inovasi dan Laman Web SPS telah turut serta dalam senarai tersebut.

Pasukan Gema-Techno@SGS telah berjaya memasuki peringkat akhir bagi kategori Inovasi Perkhidmatan HKIP pada tahun ini. Sistem Putra i-Read yang menggariskan proses peminjaman buku dalam kalangan staf SPS telah dibangunkan oleh Pn. Salwati dan menjadi nilai tambah dari segi pembaharuan serta penambahbaikan amalan peminjaman manual yang sedia ada. Pembentangan akhir tersebut telah berlangsung dengan baik di Dewan Seminar Bangunan TNCPI pada 12 Oktober 2022.

Selain itu, penilaian laman web SPS telah berlangsung secara dalam talian pada 14 Oktober 2022. Unit Hal Ehwal Pelajar & Media, selaku peneraju JK Laman Web telah mengambil bahagian dalam penilaian teknikal ini yang diketuai oleh Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) ini. Pengemaskinian dan penyelengaraan laman web berkala telah dilakukan oleh Unit HEP & Media dalam memastikan kesinambungan maklumat laman web PTJ.

 

   

Tarikh Input: 17/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUSAW~