Kempen Membaca Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Kempen Membaca Sekolah Pengajian Siswazah

Kempen Membaca Sekolah Pengajian Siswazah

8 Mei 2024, Serdang - Kempen Membaca ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya khususnya dalam kalangan staf Sekolah Pengajian Siswazah selain memberikan contoh terbaik kepada para pelajar. Inisiatif yang disarankan agar dilakukan oleh IPT di seluruh negara adalah memperbanyakkan program bedah buku, bual bicara tentang karya tersohor, wacana serta debat mengenai buku yang mengandungi pemikiran-pemikiran tinggi. Diharapkan dari usaha-usaha sedemikian, suasana membaca yang meriah mampu melawan budaya hidup ‘mediocre’ yang melata di kalangan masyarakat dewasa ini, iaitu budaya hidup pertengahan yang penuh dengan hiburan serta bahan-bahan popular yang langsung tidak mendidik dan langsung tidak melahirkan golongan masyarkat berkualiti .

Sesi pertama perkongsian bedah buku dimulakan oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data), Sekolah Pengajian Siswazah dengan tajuk buku "Seven Habits of Highly Effective People" yang ditulis oleh Stephen Covey. Antara 7 tips yang dikongsikan oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati yang terdapat dalam buku tersebut adalah,

1. Be Proactive / Proaktif dalam Tindakan
2. Begin with the End in Mind / Mulakan sesuatu dengan matlamat yang jelas
3. Put First Things First / Mengutamakan yang perlu diutamakan
4. Think Win/Win / Buat sesuatu dengan memberi manfaat kepada diri dan orang lain
5. Seek First To Understand, Then to Be Understood / Memahami orang lain dahulu sebelum ingin difahami
6. Synergize / Sinergi Bersama
7. Sharpen the Saw / Sentiasa memperbaharui diri

Diharapkan dengan inisiatif ini akan meningkatkan lagi minat membaca dalam diri staf agar budaya membaca dijadikan sebagai gaya hidup dan budaya yang akan berkembang dan berjangkit seperti virus dalam kerangka universiti seterusnya tersebar luas kepada seluruh masyarakat sehingga dapat menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat membaca dunia.

Tarikh Input: 08/05/2024 | Kemaskini: 13/05/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (02:25:59am-02:30:59am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]