Kunjungan TETFund: Usaha Ke Arah Pemerkasaan Kebajikan Pelajar | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Kunjungan TETFund: Usaha Ke Arah Pemerkasaan Kebajikan Pelajar

Kunjungan TETFund: Usaha Ke Arah Pemerkasaan Kebajikan Pelajar

 

14 Jun, 2023, Serdang – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan Tertiary Education Trust Fund, (TETFund) melalui empat (4) orang wakil delegasi sebagai salah satu usaha menjalinkan kerjasama, dari segi penajaan/ penawaran biasiswa pelajar. TETFund merupakan sebuah inisiatif kerajaan Persekutuan Nigeria sejak 2011 untuk menguruskan pengagihan dan pengawasan cukai pendidikan yang disalurkan kepada institusi pendidikan dibawah seliaan kerajaan di Nigeria. Delegasi TETFund terdiri daripada:

  1. Barr. Adamu Abubakar (Pengarah, Latihan dan Pembangunan Staf Akademik)- Ketua
  2. Mohammed, Garba Sabonsara (Penolong Pengarah, Latihan dan Pembangunan Staf Akademik)
  3. Ibrahim Anas (Penolong Pengarah, Latihan dan Pembangunan Staf Akademik)
  4. Deborah Bedwom (Pegawai Kanan Perundangan)

 

Perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Sidang, Bangunan Canselori Putra dan telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Ismi Ariff Ismail. Ahli lain yang turut hadir adalah:

  1. Prof. Dr. Hjh. Firdaus Mukhtar - SPS
  2. Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain - SPS
  3. Mohd Nazri bin Md Yasin – Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  4. Cik Nur Nadjla Ahmad Razei - SPS
  5. Muhammad Akees Abu Mansor - SPS
  6. Mohamad Rizal Zamberi - Bursar
  7. Cik Nurbalkis binti Khairul Pern – Bursar

 

Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuh kerjasama UPM-TETFund melalui pelaksanaan MoU/MoA. Dokumen rasmi tersebut adalah untuk mewujudkan persefahaman yang lebih jelas berkenaan perkara- perkara yang berikut:

  1. pemantauan progress akademik penerima biasiswa TETFund,
  2. proses/ prosedur pembayaran balik dan,
  3. pengurangan dan diskaun yuran pengajian.

Perbincangan tersebut telah berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan sesi bergambar bersama ahli yang hadir.

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDSAm~