Pada hari Rabu, 27 Januari 2021 yang lalu Sekolah Pengajian Siswazah telah menganjurkan latihan dalaman secara dalam talian bertajuk ‘’Making Sense of Your Work’’ untuk semua staf SPS. Perkongsian itu disampaikan dan dihoskan oleh Puan Norhasliza Hassan, Ketua Penolong Pendaftar, Sekolah Pengajian Siswazah. Latihan secara dalam talian tersebut menggunakan aplikasi Zoom.
Seperti yang sedia maklum pejabat ditutup hampir 4 bulan bermula Oktober 2020 atas arahan pihak kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan diadakan. Semua staf diarahkan mengikut SOP yang ditetapkan dan kekal bekerja dari rumah. Oleh itu, salah satu tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menaikkan semula semangat semua staf SPS. Puan Norhasliza memberikan kata-kata semangat agar semua staf kekal melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik walaupun setiap staf diuji dengan kekangan yang berbeza apabila bekerja dari rumah.
Selain itu, penceramah juga membentangkan tentang latar belakang dan pencapaian UPM dan SPS yang terkini.
Latihan berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada jam 3 petang dan tamat pada jam 4.30 petang.
Tarikh Input: 29/01/2021 | Kemaskini: 03/02/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203