Latihan Kecemasan Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Latihan Kecemasan Sekolah Pengajian Siswazah

Latihan Kecemasan Sekolah Pengajian Siswazah

10 November 2022, Serdang - Sebagai salah satu rutin keselamatan tahunan, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan Latihan Kecemasan PTJ dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) UPM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM. Persiapan bagi latihan yang berfokuskan kepada gegaran telah dimulakan sejak Oktober 2022. Siri mesyuarat dalam kalangan JK Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) SPS serta mesyuarat bersama pegawai OSH UPM telah memberi pelbagai pandangan/input dalam pelaksanaan latihan tersebut.

Seramai () orang staf telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dijalankan pada jam 9.30 pagi sehingga 10.15 pagi. Latihan tersebut telah dimulakan dengan pengaktifan penggera kebakaran dan pengosongan bangunan secara selamat dalam tempoh masa yang ditetapkan (5 minit). Seterusnya, pengiraan ahli PTJ, demonstrasi rawatan kecemasan mangsa dan kawalan trafik telah turut dilakukan seperti yang dijadualkan.

Pegawai pemantau dari OSH UPM telah meluluskan segala prosedur, arahan dan langkah yang telah dijalankan oleh JKKKP pada hari tersebut.

 

   

 

Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZLAn~