Prof. Dr. Robiah Yunus, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah UPM dan pihak pengurusannya telah menyambut ahli-ahli profesional dari Universitas Muhammadiyah Surakarta pada 10 Januari 2018 yang lalu.
Kumpulan yang diketuai oleh by Prof. Dr. Bambang Sumarjoko, Pengarah Sekolah Pengajian Siswazah, UMS itu membuat lawatan untuk berbincang mengenai program kolaborasi antarabangsa UPM, penyelidikan dan penerbitan bersama dan mobiliti.
Bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai program kolaborasi antarabangsa UPM, Prof. Dr. Robiah menerangkan latar belakang, model dan juga kelebihan-kelebihan program tersebut.
Prof. Dr. Bambang memperkenalkan Universitas Muhammadiyah Surakarta (SMS) sebagai universiti sistem pendidikan yang berorentiasikan penyelidikan yang memberi tumpuan pada bidang sains, sosial, kemanusian dan perubatan. UMS ditubuhkan pada 1957 dan terletak di beberapa tempat di bandar Solo dan Sukoharjo, Jawa Tengah.
Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Muhammadiyah Surakarta pula ditubuhkan pada 1997 dan telah mewujudkan 15 program pascasiswazah; 13 Master dan 2 PhD.
Mesyuarat itu berakhir dengan jayanya di mana persefahaman dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Tarikh Input: 05/02/2018 | Kemaskini: 06/06/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203