Lawatan Penanda Aras EKSA Di SPS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA Di SPS

Lawatan Penanda Aras EKSA Di SPS

31 Mac 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menerima lawatan penanda aras (benchmarking) amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada dua (2) pusat tanggungjawab (PTJ). Siri kunjungan benchmarking bagi tahun 2023 ini telah dimulakan dengan Institut Kajian Perladangan (IKP) dan Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC).

Permohonan lawatan ini telah disambut baik oleh SPS sebagai tanda memupuk budaya korporat yang baik antara PTJ dalam UPM. Lebih kurang 40 orang pelawat, 20 orang dari setiap PTJ, telah tiba di SPS pada jam 9.00 pagi dan dikumpulkan di Biik Mesyuarat 1 (BM 1). Lawatan tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar SPS, Pn.Norhasliza Hassan yang dibantu oleh penyelaras EKSA SPS, Cik. Nur Nadjla Ahmad Razei. Agenda lawatan tapak telah diselaraskan dengan sesi pembukaan (ucapan aluan setiap PTJ) yang membentangkan amalan EKSA sedia ada di SPS dan diikuti dengan lawatan sekitar bangunan SPS.

Sesi lawatan telah diagihkan kepada dua (2) kumpulan mengikut aras bangunan SPS, yang diketuai oleh Cik. Nur Nadjla dan Pn. Norhaslinda. Dalam sesi tersebut, para pelawat telah bertanya secara terus kepada staf dan pegawai SPS berkenaan inisiatif EKSA yang dipraktikkan di setiap ruangan pejabat SPS. Ini memberi peluang untuk mereka memahami komponen EKSA yang diamalkan di SPS di samping dapat melihatnya secara langsung.

Agenda penutup lawatan akan dimulakan dengan sesi maklum balas/ komen daripada pelawat yang seterusnya akan digunakan sebagai ulasan penambahbaikan amalan EKSA di SPS, pada masa akan datang. Lawatan tersebut telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan sesi fotografi bersama pelawat yang diraikan.
 
   
 
   
 
   
 
 

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDUAo~