Lawatan Penanda Aras EKSA Ke Fakulti Kejuruteraan UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA ke Fakulti Kejuruteraan UPM

Lawatan Penanda Aras EKSA ke Fakulti Kejuruteraan UPM

1 Julai 2024, Serdang – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (JK EKSA) Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Fakulti Kejuruteraan (FK) UPM sebagai salah satu usaha penambahan ilmu berkaitan amalan EKSA di PTJ lain. Lawatan yang diketuai oleh Pn. Norhasliza Hassan, Timbalan Pendaftar SPS, telah dianggotai seramai 12 orang AJK EKSA SPS.

Kehadiran SPS telah disambut dengan baik oleh kesemua warga FK UPM yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar Fakulti Kejuruteraan, Puan Lailawati Bakar. Ahli lawatan kemudian telah dibentangkan dengan senarai aktiviti dan amalan unik yang dipraktikkan di FK UPM dalam memperbudaya EKSA secara rutin harian. Ini termasuk aktiviti mengikut zon, audit dalaman berkala dan usaha menggunakan bahan kitar semula secara minimalis dalam memelihara imej korporat PTJ. Pelbagai input bernilai telah dikongsikan bersama Penyelaras EKSA FK UPM yang juga merupakan fasilitator EKSA UPM, melalui sesi Q&A.

Melalui lawatan tersebut, adalah penting untuk difahamkan bersama bahawa kepentingan EKSA adalah dalam menjaga kesejahteraan persekitaran kerja disamping memberikan ruang yang selesa kepada pelanggan PTJ untuk berurusan. Sejurus pembentangan tersebut, JK EKSA SPS telah dibawa melawat sekitar kawasan pejabat, zon dan kaunter FK UPM. Soalan berkaitan amalan EKSA di setiap lokasi telah memberikan perspektif yang baharu kepada ahli SPS yang hadir.

Sesi lawatan tersebut telah diakhiri dengan sesi jamuan ringkas, penyampaian cenderamata serta fotografi bersama JK EKSA FK UPM.

Tarikh Input: 02/07/2024 | Kemaskini: 03/07/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (02:46:58pm-02:51:58pm, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]