Lawatan Penanda Aras IPB, Indonesia | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras IPB, Indonesia

Lawatan Penanda Aras IPB, Indonesia

20 Jun 2023, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Sekolah Siswazah (SS) Institut Pertanian Bogor (IPB) Lawatan tersebut telah diketuai oleh Professor Dodik Ridho Nurrochmat, selaku Dekan SS IPB dan diiringi oleh Professor Agus Buono (Timbalan Dekan), dan Professor Anugara Jayanegara (Pengarah, Pengajian Strategik dan Reputasi Akademik).

Kedatangan mereka telah disambut oleh Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data) SPS, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain, barisan Timbalan Dekan dan pegawai SPS yang hadir. Sesi tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1 (BM1), SPS pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ini merupakan kali pertama SGS menerima lawatan dari PTJ pengurusan siswazah tersebut. Agenda lawatan tersebut telah diikuti dengan pembentangan latar belakang korporat dan perkhidmatan semasa yang ditawarkan di SPS oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain. Dalam sesi tersebut, beberapa pekara penting telah dibincangkan seperti, usaha pempromosian bagi program pascasiswazah, prosedur kemasukan pascasiswazah, pengurusan rekod PTJ, pendigitalan, hal ehwal pelajar/alumni dan pengurusan biasiswa. Perbincangan tersebut turut melihat kepada potensi kerjasama kedua universiti dari segi aktiviti penyelidikan bersama, memperkenal program dual/joint degree dan program penukaran pelajar.

Sesi tersebut telah diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh kedua Universiti dan fotografi.

 

Tarikh Input: 20/06/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDPAX~