Lawatan Penanda Aras SPS Ke UTM Kampus Skudai | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras SPS Ke UTM Kampus Skudai

Lawatan Penanda Aras SPS Ke UTM Kampus Skudai

3 Disember 2023, SKUDAI – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dalam usaha untuk menambahbaik perkhidmatan sedia kepada pelajar, telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kampus Skudai, Johor Bharu. Lawatan ini telah ditujukan khas kepada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM yang menguruskan hal ehwal pelajar pascasiswazah di kampus tersebut.

Rombongan SPS UPM terdiri daripada 2 orang Timbalan Dekan dan 5 orang pegawai yang menguruskan portfolio pengambilan, akademik, kurikulum, data, bantuan kewangan dan perhubungan institusi. Pasukan tersebut telah disambut baik oleh para pegawai SPS UTM dan telah dibawa ke bilik mesyuarat bagi sesi taklimat.

Lawatan tersebut telah memberikan pelbagai input bernilai kepada SPS UPM dari segi struktur pengurusan pelajar siswazah, peranan pegawai yang dilantik dan kaedah/sistem yang digunakan oleh kampus tersebut dalam mengendalikan para pelajar mereka. Sesi selama 3 jam tersebut telah dilengkapi dengan sesi taklimat SPS UTM, sesi pengenalan SPS UPM dan diakhiri dengan sesi fotografi bersama kesemua pegawai yang hadir.

Moga usaha SPS UPM dalam meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan pelajar pascasiswazah ini dapat memberikan impak yang signifikan kepada para pelajar UPM.

Tarikh Input: 04/12/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDSA5~