Lawatan Penanda Aras UNiMAS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras UNiMAS

Lawatan Penanda Aras UNiMAS

Februari 13, 2023 – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS). Lawatan tersebut telah diketuai oleh Prof. Dr. Wan Azlan Wan Zainal Abidin, selaku Pengarah PPS dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Prof. Dr. Awang Ahmad Sallehin Awang Husaini serta 3 orang pegawai.

Kedatangan mereka telah disambut oleh Dekan SPS, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Timbalan Pendaftar; Pn. Norhasliza Hassan serta barisan pegawai SPS yang hadir. Ini merupakan kali pertama SGS menerima lawatan dari PTJ pengurusan siswazah tersebut. Agenda lawatan tersebut telah diikuti dengan pembentangan latar belakang korporat dan perkhidmatan semasa yang ditawarkan oleh SPS oleh Prof.Dr. Zalilah dan tiga (3) orang Timbalan Dekan SPS. Beberapa sistem yang telah dibangunkan oleh SPS berikutan dengan penularan wabak Covid19, seperti PutraENROL telah menarik perhatian delegasi tersebut untuk memahaminya secara lebih lanjut. Mesyuarat itu membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua universiti, khususnya dalam penyelidikan, program dwi/ijazah bersama, dan pertukaran pelajar.

Para delegasi telah dibawa untuk melawat tempat kerja setiap unit di SGS dan disajikan dengan makan tengah hari ringkas sebelum meneruskan sesi bergambar bersama kakitangan SGS.

Tarikh Input: 13/02/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDNAx~