Lawatan Penanda Aras UNIMAS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras UNIMAS

Lawatan Penanda Aras UNIMAS

Februari 13, 2023 – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menerima lawatan penanda aras kedua bagi tahun 2023 daripada Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Malaysia Pahang (Pahang) dalam membincangkan hal-hal berkaitan penambahbaikan pengurusan pelajar pascasiswazah. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Timbalan Dekan IPS; Prof. Madya Dr. Raihana Zahirah Edros, dan diiringi oleh dua (2) orang pegawai kanan IPS; Dr. Siti Umairah Mokhtar dan Dr. Noorazliza Sulaiman.

Kedatangan mereka telah disambut oleh Dekan SPS, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Timbalan Pendaftar; Pn. Norhasliza Hassan serta barisan pegawai SPS yang hadir. Agenda lawatan tersebut telah diikuti dengan pembentangan latar belakang korporat dan perkhidmatan semasa yang ditawarkan oleh SPS oleh Prof.Dr. Zalilah dan Ketua-Ketua Unit SPS. Beberapa sistem yang telah dibangunkan oleh SPS berikutan dengan penularan wabak Covid19, seperti PutraENROL telah menarik perhatian delegasi tersebut untuk memahaminya secara lebih lanjut.

Barisan delegasi telah dibawa untuk melawat tempat kerja setiap unit di SGS dan disajikan dengan makan tengah hari ringkas sebelum meneruskan sesi bergambar bersama kakitangan SGS.

 

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 08/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDNAi~