23 Mei 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) University of the Philippines Los Baños (UPLB). Lawatan tersebut telah diketuai oleh Prof. Dr. Wan Azlan Wan Zainal Abidin, selaku Pengarah SPS dan diiringi oleh Prof. Dr. Jomar F. Rabajante, Prof. Madya Dr. Pamela A. Custodio (Setiausaha), Prof. Madya Dr. Ariel L. Babierra (Pegawai Pengurusan Kualiti) serta dua (2) orang pegawai.
Kedatangan mereka telah disambut oleh Dekan SPS, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Timbalan Pendaftar; Pn. Norhasliza Hassan serta barisan Timbalan Dekan dan pegawai SPS yang hadir. Sesi tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1 (BM1), SPS pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Ini merupakan kali pertama SGS menerima lawatan dari PTJ pengurusan siswazah tersebut. Agenda lawatan tersebut telah diikuti dengan pembentangan latar belakang korporat dan perkhidmatan semasa yang ditawarkan oleh SPS oleh Prof.Dr. Zalilah dan tiga (3) orang Timbalan Dekan SPS. Dalam sesi tersebut, beberapa pekara penting telah dibincangkan seperti, usaha pempromosian bagi program pascasiswazah, prosedur kemasukan pascasiswazah, pengurusan rekod PTJ, pendigitalan, hal ehwal pelajar/alumni dan pengurusan biasiswa. Perbincangan tersebut turut melihat kepada potensi kerjasama kedua universiti dari segi aktiviti penyelidikan bersama, memperkenal program dual/joint degree dan program penukaran pelajar.
Sesi tersebut telah diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh kedua Universiti dan fotografi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 23/05/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203