Lens of Knowledge 2.1 : Colors with Community
Sekolah Pengajian Siswazah
30 Jun 2024, Ahad - Inisiatif program bersama komuniti pada kali ini lebih berfokus kepada membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita, terutamanya golongan ibu tunggal berkenaan simptom serta kaedah pencegahan kanser payudara, di sekitar negeri Selangor. Secara langsung, program ini dapat meningkatkan tahap kualiti kesihatan wanita di salah sebuah negeri yang pesat membangun tersebut.
Antara pasukan kesihatan yang terlibat adalah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Unit Sumber Pendidikan Kanser Dan Klinikal (CCARE) UPM, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM dan Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM. Turut hadir membuka booth pameran bagi memeriahkan lagi program yang berlangsung bermula 8.00 pagi sehingga 3 petang itu adalah Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Pusat Wanita Berdaya dan Sukarelawan Kesihatan Selangor.

Dengan kerjasama dan bantuan yang utuh daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Kelab Rukun Tetangga, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Postgraduate Students' Ambassador (PGSA) UPM, program Lens of Knowledge 2.0 : Colors with Community berjalan lancar mengikut tentatif.
Terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan atas kehadiran YB. Tuan Haji Azli Bin Yusof (Ahli Parlimen Shah Alam), YB Tuan Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid (ADUN Batu Tiga), YBrs. Pn. Sri Devi A/P Chenchiah (Ahli Majlis Zon 5, MBSJ, Selangor), Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff (Dekan Sekolah Pengajian Siswazah) dan Prof. Dr. Rusmawati (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah) ke program bersama komuniti, Lens of Knowledge 2.0 : Colors with Community.
Tarikh Input: 30/06/2024 |
Kemaskini: 07/10/2024 | aslamiah
PERKONGSIAN MEDIA