Seramai 857 pelajar pascasiswazah baharu semester 2, 2017/2018 telah mengangkat sumpah dalam majlis angkat sumpah di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Sultan Salahuddin Shah, UPM pada 20 Februari 2018 yang lalu.
Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM itu mempunyai kumpulan pelajar pascasiswazah baharu yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa yang datang dari lebih daripada 30 buah negara. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), dekan-dekan fakulti, pengarah-pengarah institut, pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA) and Kumpulan Sokongan Pelajar (PSG).
Matlamat upacara deklaratif itu adalah bagi mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan universiti dan pelajar-pelajar baharu. Sesi itu diteruskan dengan taklimat dan penerangan oleh timbalan dekan Sekolah Pengajian Siswazah mengenai akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran, bantuan kewangan dan mobiliti dan diikuti pembentangan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa UPM mengenai prosedur Visa dan pas pelajar.
Pada sesi akhir, para pelajar telah diperkenalkan dengan Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA) yang ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar antarabangsa di UPM dan juga mewujudkan peluang bagi mereka untuk berkongsi pengalaman, jaringan dan berintergrasi dengan pelajar-pelajar. Acara itu telah bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 1 petang.
Tarikh Input: 03/04/2018 | Kemaskini: 06/06/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203