Majlis Apresiasi Bagi Staf SPS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Apresiasi Bagi Staf SPS

Majlis Apresiasi Bagi Staf SPS

7 Oktober 2022, Serdang – Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan, biapun ia ahit untuk diterima. Seramai dua (2) orang staf Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah berpindah ke PTJ dan syarikat lain dalam tempoh satu bulan ini. Cik Farah Edura dari Unit Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan (PIBK) telah mendapat tawaran kerja di syarikat luar manakala En.Meor Shafaras dari Unit Tesis telah berpindah ke Institut Biosains, UPM.

Majlis apresiasi ringkas bagi kedua-dua staf ini telah diadakan di peringkat SPS dan Unit masing-masing sebagai tanda penghargaan jasa bakti mereka di SPS selama ini. Majlis apresiasi bagi Cik Farah Edura telah diadakan pada 1 Oktober 2022 manakala En.Meor Shafaras telah diraikan pada 7 Oktober 2022.

Terima kasih diucapkan atas sumbangan kalian selama ini dan selamat maju jaya di tempat baharu!

 

Tarikh Input: 17/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbGAc~