28 Mei 2024, Jumaat - Seluruh warga Sekolah Pengajan Siswazah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Maizatul Afzan, Puan Aznira Tarmizi dan Puan Farah Hanani Roslan, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Puan Luna Liza, penerima Anugerah Bakti Putra (Perkhidmatan 30 tahun), Puan Norhasliza Hassan dan Puan Herni penerima Anugerah Setia Putra (Perkhidmatan 20 tahun) daripada Sekolah Pengajian Siswazah dan tahniah juga kepada Prof. Madya Dr. Nitty Hirawaty, Timbalan Dekan Sekolah Pengajan Siswazah, penerima Anugerah Setia Putra (Perkhidmatan 20 tahun) di bawah Fakulti Pertanian.

Majlis Gemilang Putra 2024 telah berlangsung pada 28 Mei 2024 pada jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Majlis Gemilang Putra merupakan majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai akademik serta bukan akademik Universiti Putra Malaysia yang cemerlang dalam perkhidmatan termasuk bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, penerbitan makalah serta perunding cemerlang untuk universiti dan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Penyampaian anugerah tersebut telah dilakukan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah. Pencapaian staf Sekolah Pengajian Siswazah yang terpilih ini akan menjadi pendorong dan inspirasi kepada seluruh warga Sekolah Pengajian Siswazah yang lain untuk terus menambahbaik mutu perkhidmatan mereka, pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah diucapkan!
Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 19/06/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services