Pada 14 Ogos 2018, Sekolah Pengajian Siswazah telah mengadakan Majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Bilik Mesyuarat 1, Sekolah Pengajian Siswazah UPM. Majlis itu disempurnakan oleh Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Prof. Dr. Robiah binti Yunus. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar semua kakitangan di jabatan itu untuk mengamalkan 5S iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam), dan Shitsuke (Sentiasa Amal) bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat, selesa, bersih dan kemas. Turut hadir bersama adalah Timbalan Dekan Unit Pengambilan dan Antarabangsa, Profesor Dr. Zalilah binti Mohd Shariff dan dan 3 orang Penolong Pendaftar, Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad dan Puan Rahmawati binti Umar dan Encik Saiful Azlin bin Maskan.
Kemuncak kepada majlis pelancaran ini ialah sesi menandatangani bunting pelancaran 5S yang turut disaksikan oleh semua warga SPS. Sesi seterunya diteruskan oleh Puan Rahmawati yang telah memberi penerangan tentang komitmen SPS dalam melaksanakan 5S dan taklimat mengenai pelan aktiviti gotong-royong pada hari itu.
Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar setiap kumpulan mengikut zon sebelum mereka bergotong-royong membersihkan dan menyerikan zon masing-masing.
Tarikh Input: 31/08/2018 | Kemaskini: 28/01/2019 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203