Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SPS 2022 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SPS 2022

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SPS 2022

SERDANG, 30 Mei 2022 - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) serta semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM telahpun mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri secara serentak pada hari yang sama Isnin, 30 Mei 2022 bertempat di PTJ masing-masing.

Antara tujuan diadakan secara serentak adalah bagi membolehkan staf berkunjung raya ke PTJ yang lain. SPS telah mengadakan persiapan rapi beberapa minggu sebelum bagi melancarkan perjalanan majlis pada hari kejadian.

Perjalanan majlis pada 30 Mei 2022 dimulakan dengan Majlis Apresiasi SPS 2021 pada sebelah pagi. Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghargaan kepada staf yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2021.

Majlis diteruskan dengan sesi yang ditunggu-tunggu iaitu jamuan raya yang menghidangkan pelbagai pilihan juadah yang istimewa seperti lemang, ketupat, rendang, kuih-muih, soto, bihun sup, nasi hujan panas, cendol, kuih raya dan banyak lagi.

Dengan berlatar-belakangkan lagu raya serta hiasan lampu ketupat dan lampu kelip-kelip, suasana sambutan hari raya aidilfitri pada hari itu sangat dirasai menjadikan satu momen kenangan yang tidak akan dilupakan.

Kemeriahan sambutan hari raya seperti ini juga dilihat sedikit sebanyak dapat memupukkan lagi jalinan ukhwah antara warga UPM terutamanya antara staf SPS. Selaras dengan norma aidilfitri, warga UPM dapat menjadikan majlis ini sebagai platform untuk saling maaf bermaafan serta kenal mengenali antara satu sama lain.

 

Tarikh Input: 11/06/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaUAo~