Serdang, 6 Ogos - En. Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama En. Mohamad Hafiz Mohamad, Penolong Pendaftar Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan En Mohammed Abu Bakr, Presiden Persatuan Pelajar Nigeria UPM hari ini berkesempatan menziarahi balu Allahyarham Nyah Mohammed yang telah meninggal dunia pada 26 Julai lalu.
Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan semua dokumen penting Allahyarham selain menyerahkan kembali wang pemulangan semula bayaran yuran tesis Allahyarham dan sumbangan tunai daripada orang ramai.
Beliau yang ditemui petang tadi kelihatan lebih tenang dan telah bersedia untuk pulang ke Nigeria dalam waktu terdekat bersama dua orang anak selepas melengkapkan semua prosedur yang perlu.
Semoga segala urusan mereka dapat disegerakan dan berjaya pulang ke pangkuan keluarga mereka dengan mudah dan selamat.
Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 25/08/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203