23 Mac 2023, Serdang – Sesi perkongsian ChatGPT: An Opportunity to Increase Productivity merupakan salah sebuah inisiatif Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dalam memperkenalkan asas penggunaan aplikasi ChatGPT, kepada semua warga SPS. Ia merupakan satu perihal mustahak, berikutan dengan tugas SPS yang menguruskan pelajar pascasiswazah yang sememangnya terlibat secara langsung dalam penulisan akademik.
Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah, professor kanan dari Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UPM, telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi sesi tersebut. Pengetahuan beliau berkenaan isu yang makin meluas dalam bidang akademik itu, telah dikongsikan melalui sebuah pembentangan PowerPoint. ChatGPT (Chat Generative Pre-Trained Transformer) adalah merupakan satu chatbot kecerdasan buatan yang telah dicipta oleh OpenAI dan dirasmikan pada November 2022. Ia telah dirincikan untuk mengadaptasi kaedah pembelajaran dan perkongsian maklumat, menggunakan Teknik pembelajaran yang diselia serta diperkasa.
Sesi tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 1 (BM1) pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203