SERDANG, 23 Mei 2022 – Keberkesanan pelaksanaan sesebuah initiatif tidak akan dapat diukur tanpa maklumbalas dan pendapat. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) menguruskan kunjungan dari Tertiary Education Fund (TETFUND) Nigeria, yang merupakan salah sebuah Yayasan Pendidikan dibawah Kementerian Pendidikan Nigeria. Setakat 2022, seramai 357 orang pelajar Nigeria tajaan TETFUND telah melanjutkan pelajaran pasca-siswazah mereka di UPM, dalam pelbagai bidang. Kunjungan yang mengumpulkan penerima biasiswa semasa bersama enam (6) orang wakil delegasi TETFUND di Auditorium Tun Rashdan Baba menjadi sesi pungutan suara berkaitan proses penajaan dan isu yang dihadapi oleh para pelajar. Sesi tersebut diikuti dengan perjumpaan delegasi TETFUND, barisan pengurusan SPS dan wakil Bursar untuk membincangkan isu para pelajar serta mencari solusi terbaik bagi masalah tersebut. Wakil pelajar Nigeria, saudara Abu Bakar, telah menyuarakan pelabagai perkara dari sudut pelajar dalam perjumpaan tersebut. Antara perkara yang digariskan adalah proses pembayaran biasiswa, proses dokumentasi dan komunikasi sehala bersama pelajar. Sesi seumpama ini adalah penting dalam memastikan kebajikan pelajar dan hubungan antara institusi terjaga oleh pihak pengurusan UPM.
Tarikh Input: 19/05/2022 | Kemaskini: 08/06/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203