13 Julai 2023, Serdang – Kesihatan mental dan kesejahteraan emosi tidak semestinya datang dari kaedah senaman atau yoga semata-mata. Aktiviti- aktiviti semudah mewarna atau melukis juga mampu menenangkan stress disamping meningkatkan semangat bekerja. Unit HEP & Media Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menjalankan sesi asas Terapi Seni bersama staf SPS ketika sesi morning call harian.
Aktiviti tersebut telah dimulakan dengan sedikit pengenalan berkenaan latar belakang dan tujuan penggunaan terapi seni, oleh Cik Pavithra. Setiap staf yang hadir telah diberikan satu kertas A4 dan beberapa arahan telah diberikan untuk melukis objek tertentu. Staf telah diminta untuk melukiskan perkara-perkara yang melambangkan diri mereka dan memori yang telah mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu perkara. Kaedah ini dapat memberikan sedikit ruang kepada minda pelukis untuk berhenti sejenak dan fokus kepada satu perkara sahaja.
Sesi ringkas selama 20 minit tersebut telah disambut baik oleh 21 orang staf yang hadir melalui partisipasi aktif mereka. Inisiatif sebegini adalah penting dalam memastikan kesihatan mental dan emosi staf PTJ terjaga, dari semasa ke semasa.
Tarikh Input: 14/07/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services