![]() |
Dikenali sebagai Putra®Voting, aplikasi berasaskan persekitaran telefon pintar itu dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti, UPMID dan boleh dicapai oleh pengguna melalui Android dan iOS. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Profesor Dr. Arifin Abdu berkata, pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada kali ini terpaksa diadakan secara aplikasi mudah alih kerana tidak semua pelajar berada di kampus berikutan pandemik Covid-19, selain arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Pengajian Tinggi. “Melalui aplikasi Putra®Voting, pelajar tidak perlu lagi melaksanakan pengundian di kampus, sebaliknya mereka boleh mengundi di mana-mana menggunakan telefon pintar masing-masing pada bila-bila masa. “Ternyata kaedah ‘semuanya hanya di hujung jari’ boleh direalisasikan dengan memanfaatkan teknologi jalur lebar, aplikasi dan peranti pintar,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Zulkifli Idrus memberitahu, pelaksanaan pendigitilan kampus merupakan satu anjakan besar yang memberi cabaran baharu kepada universiti itu. Menurutnya, UPM perlu sentiasa peka dan bersedia melakukan perubahan seiring transformasi digital untuk kekal berdaya saing. “UPM amat berbangga kerana merupakan IPT pertama yang melaksanakan pengundian MPP secara aplikasi mudah alih,” ujarnya. Proses pengundian telah dijalankan pada 29 Mac 2021 bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Keputusan rasmi boleh didapati di https://www.facebook.com/jpmppupmofficial/posts/235265384633715 .
|
Sumber :
Tarikh Input: 29/03/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203