SERDANG, 22 Mac 2022 – Nikmat Ramadhan itu lebih terasa apabila ia dikongsi bersama. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengadakan majlis berbuka puasa bagi peringkat dalaman PTJ yang dimeriahkan dengan kehadiran para staf bersama ahli keluarga. Majlis yang bermula pada jam 6 petang ini dihadiri oleh 85 orang; 38 orang staf dan 47 orang ahli keluarga. Program dimulakan dengan tazkirah dan bacaan doa yang diikuti dengan buka puasa secara ringkas. Jamuan makan telah dimulakan selepas solat Maghrib dan agenda diteruskan dengan solat Isyak dan tarawih. Majlis telah berakhir sekitar jam 10 malam dengan sesi bergambar. Pihak urusetia telah memastikan setiap aktiviti yang dilakukan adalah selamat dan mematuhi segala SOP yang berkuatkuasa.
Sambutan ringkas ini adalah antara usaha SPS bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf SPS yang bergerak secara satu badan organisasi. Adalah diharapkan hubungan kerja dan sesama insan dapat dikukuhkan melalui program sebegini.
Tarikh Input: 28/04/2022 | Kemaskini: 28/04/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203